بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dalam menjalani aktiviti yang menarik sepanjang minggu aktiviti, para pelajar tingkatan empat perlu menjalani amali sembelihan. Kami diajar untuk menyembelihan haiwan dengan cara yang betul mengikut syarat-syarat yang telah digariskan oleh agama Islam. Kalau tak sah cara menyembelih tak boleh makan ya kawan-kawan. Jatuh hukum haram. Jadi ini adalah fardu kifayah yang diharuskan ke atas umat Islam untuk mempelajarinya.
Setiap homeroom diberikan beberapa ekor burung puyuh untuk disembelih. Dengan tunjuk ajar dari cikgu kami diajar menyembelihan haiwan dengan cara yang betul. Jangan main hentam saja nanti teraniaya haiwan yang nak disembelih.
Cayalah. Selalunya perempuan takut sikit nak buat kerja-kerja macam ni.
Tidak bagi ahli homeroom kami. Semuanya berani-berani belaka. Orang kata ambil pengalaman dan belajar.
Nanti bila orang tanya macam mana nak menyembelih kita dah ada ilmu.
Selesai sudah menyembelih. Alhamdulillah tak ada yang terkorban hihi. Siap cabut bulu dan diprocess apa lagi.. get ready nak masaklah. Nabil dah siap sedia tu nak masak rendang.
Owh.. dah update entry tentang rendang ayam Nabil yang memenangi tempat pertama.
Yang tak baca lagi tu boleh click sini -- Rendang Ayam Menambat Hati Juri.
Jumpa lagi semua ^^