Wednesday, 10 September 2014

CSR : KHIDMAT MASYARAKAT - BERSIHKAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Salam semua. Harapnya sihat sentiasa. Kami masih lagi nak bercerita tentang aktiviti homeroom yang kami lakukan sepanjang minggu aktiviti. Kali ini kami nak share cerita tentang aktiviti khidmat masyarakat yang kami sama-sama dah lalukan. Di MRSM Transkrian, program program kebajikan seperti ini dipanggil CSR iaitu Corporate Social Responsibility. Haaa dalam program program CSR kami diajar untuk menyumbangkan bakti dan tenaga untuk membantu masyarakat yang ada disekitar kami. Kali ini acara gotong royong pula. Beberapa homeroom tingkatan empat telah ditugaskan untuk membersihkan kawasan kampung. Alah tolong pakcik makcik kemaskan kawasan rumah. Kampung pun berdekatan saja dengan MRSM Transkrian.

Kerja diagih agihkan. Homeroom Jayanthi ditugaskan untuk membersihkan kawasan taman permainan kanak-kanak. Jujurnya kawasan ini tak kotor pun and tak ada sampah sarap pun. Yang merunsingkan kami adalah rumput terlalu panjang. Huuurm kami pun takut juga mana tahu apa-apa saja boleh muncul dari celah celah rumput panjang tu. Tapi alhamdulillah. Kami ada kawan-kawan yang baik and berani. Sikit-sikit kami mulakan untuk mencantas rumput supaya pendek. Ada hero-hero yang boleh diharap untuk buat kerja kemudiannya kami yang ladies ni pulaklah ambil alih membersihkan kawasan.



Tepek gambar homeroom lain sikit. They all ni pun tolong kami jugak menebas rumput rumput tinggi. Tak salah share publisiti sikit kan.

Cabut kak jangan tak cabut. Gigih si Nurin mencabut rumput.

Haaa longkang longkang pun kena bersihkan. Buang apa yang patut.









Rajin-rajin sungguh they all ni semua. Thank you sebab tak mengira ahli homeroom mana ramai-ramai tolong kami bersihkan kawasan taman permainan ni. Now its safe for the kids untuk datang bermain. Abang abang and kakak kakak dah bersihkan dah kawasan adik-adik nak bermain. Panas terik tak usah nak cerita tapi semuanya jadi seronok belaka sebab kita buat kerja sama-sama.

Apa yang penting ? Kerjasama.




Merasmikan mainan di taman permainan. Abang abang and kakak-kakak main dulu ye adik adik. Sekali sekala berangan kembali menjadi bebudak kecil apa salahnye kan.

Selesai semua kami pulang ke maktab. Letih tapi satu pengalaman bermakna.

Jumpa lagi dalam cerita seterusnya ^^

No comments:

Post a Comment