Tuesday, 2 September 2014

BULAN KEMERDEKAAN : MEMBUAT LAYANG-LAYANG

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Pada minggu aktiviti Semester 2 yang lepas, bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat MRSM Transkrian, kami telah menyertai pertandingan membuat layang-layang berasaskan buluh, rotan dan bendera Malaysia. Kami meraut daun kelapa untuk mendapatkan rotan. Hasil rautan, kami merangka layang-layang dan mencantum menggunakan tali. Kemudian, kami membalut layang-layang tersebut dengan bendera Malaysia. Nilai kerjasama dan tolong-menolong telah ditunjukkan oleh setiap ahli homeroom. Semua orang telah bekerjasama untuk menyiapkan layang-layang. Kami menyiapkan tugasan tepat pada waktunya. Seronok juga sekali sekala buat aktiviti seperti ini. Permainan tradisional yang rata-rata budak generasi baru tak tahu pun macam mana nak buat.

Haaa raut jangan tak raut. Nak buat layang-layang kena buat rangka dulu. Jangan asyik nak sembang saja. Kerja kena jalan okay.

Haaa layang-layang dah hampir nampak rupanya. Wow Shahmi ada bakat rupanya membuat layang-layang.
Tak disangka-sangka.

Haa inilah dia layang-layang kami. 

Boleh terbang atau tidak jangan tanya. Katanya membina saja bukan untuk di test sama ada mampu terbang atau tidak. Kami tak cuba pun tapi dapat siapkan pun dah satu pencapaian. Sedangkan kami tak pernah pun membuat layang-layang sebelum ini. Amacam ? Boleh ke cuba untuk terbangkan layang-layang ni ? Ada berani nak try ? Mana tahu betul betul boleh terbang.

Secara keseluruhan kami sangat enjoy dalam menyiapkan aktiviti seperti ini. Dapat mengeratkan hubungan antara kami dan masing-masing hulurkan tangan membantu. Dapat discover bakat baru jugak. Ada bakat terpendam membuat layang-layang.

Jumpa lagi nanti. Bye..

No comments:

Post a Comment