بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hai kawan-kawan. Masih lagi berkisah tentang aktiviti-aktiviti yang kami lakukan sepanjang minggu sambutan bulan kemerdekaan. Kali ini kami diminta untuk menggubah hantaran. Bahan-bahan hantaran digunakan daripada gula-gula dan coklat. Kotak hantaran juga kami sediakan. Terasa macam hendak menyiapkan persiapan kenduri kawin pulak rasanya.
Sementara separuh ahli-ahli menyiapkan logo homeroom, separuh daripada kami telah diarahkan untuk menyiapkan gubahan hantaran ini. Tak disangka-sangka rupanya ramai yang mempunyai bakat menggubah hantaran ya. Pada mulanya bukan senang juga untuk menyusun gula-gula dan coklat untuk digubah tapi lama-kelamaan macam sudah 'alah bisa tegal biasa'. Semuanya jadi laju sahaja.
Khusyuk sungguh menyiapkan gubahan. Daripada gula-gula biasa bila dah dililit jadi bentuk bunga. Cantik.
Haaa nampak tuh. Terus jadi kuntuman bunga-bunga lepas mendapat hasil sentuhan ahli-ahli homeroom. Cantik kan. Boleh ambil upah lepas ni.
Model-model yang bertungkus lumus menyiapkan gubahan hantaran. Itulah hasilnya. Setelah sama-sama melilit dan menggubah. Cantik. berbakat sungguh kawan-kawan homeroom ni.
Menang kalah belakang kira. Janji kita seronok dan bersama-sama menyiapkan sesuatu tugasan.
Jumpa lagi ya..
No comments:
Post a Comment