بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
FASHION SHOW
Sepanjang minggu sambutan bulan kemerdekaan ada banyak aktiviti menarik yang kami lakukan bersama-sama dengan ahli homeroom. Banyak tugasan dan aktiviti yang memerlukan kami bekerjasama dan semuanya seronok-seronok belaka. Kali ini lami diberi tugasan untuk membuat costume bertemakan kemerdekaan. Nabil telah menjadi model bagi homeroom kami. Walaupun malu malu kucing tapi akhirnya kami berjaya memujuk Nabil untuk mewakili homeroom dan catwalk di atas pentas memperagakan fashion kemerdekaan kami. Terima kasih Nabil. Walaupun tidak mendapat tempat pertama tetapi kami berbangga dengan hasil kerja yang telah kami lakukan. Diakui, adik adik junior lebih bergaya dari kami kakak-kakak dan abang-abang. Comel belaka semuanya.
Nabil yang sedang bersiap sedia. Gementar katanya. Jadi model sementara.
Nabil ketika berada dipentas. Segak bergaya Nabil walaupun malu malu.
Sementara Nabil bersiap sedia untuk menjadi model homeroom, ahli-ahli homeroom yang lain ditugaskan untuk menyiapkan logo homeroom dan slogan sempena bulan kemerdekaan. Kami mengadaptasi logo homeroom daripada logo kumpulan KPOP terkenal ' Exo-K'. Iyelah dah majoriti ahli-ahli homeroom meminati music KPOP jadi apa salahnya kami ambil ilham sikit dari mereka kan.. Kami melakarkan logo di atas kain sebelum mewarnakannya. Kerja menjadi mudah apabila semua ahli homeroom turut serta dalam aktiviti ini. Semangat kerjasama dapat dipupuk didalam homeroom.
Segak bergaya jugak Nabil ni ya ^^
Jumpa lagi.. Bye..
Segak bergaya jugak Nabil ni ya ^^
Jumpa lagi.. Bye..
No comments:
Post a Comment