Saturday, 13 September 2014

LAWATAN HOMEROOM KE BUKIT MERAH LAKETOWN WATERPARK

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Hai kawan-kawan. Berjumpa lagi kita. Kali ini entry blog agak meriah. Banyak gambar yang bakal dikongsikan bersama. Iyelah dah nama pun lawatan homeroom. Memang tak sahlah kalau tidak bergambar sakan. Semua pakat bawak kamera mahal mahal sebab nak posing bersama. Selalu bergambar dalam kawasan maktab saja. Pada 7 September 2014 yang lepas kami telah pergi ke Bukit Merah Laketown Waterpark yang terletak agak berdekatan dengan MRSM Transkrian. Kali ini berkesempatan untuk buat lawatan bersama. Lawatan kali ini adalah lawatan berkembar dengan Homeroom Teacher Nadiah. Thank you teacher sebab sudi jemput homeroom kami dan jalan-jalan bersama-sama.

Bertolak dari MRSM Transkrian pada pukul 9.30 pagi kami tiba disana around pukul 10.00 pagi. Kan dah cakap memang dekat saja kawasan ni. Tapi tak apa.. keriangan anda excitement memang dah rasa sejak malam sebelum lawatan lagi. Nak tidur pun tak lena. Terbayang-bayang nak mandi di sana nanti.

Kita layan gambar dulu lah ye.. Asyik membebel saja.



Memasing muka excited. Gelak ketawa saja kan.. tak sabar dah la tuh nak terjun kolam.

Jom kita salin baju simpan barang-barang and amek tube dulu. Adeh camera kena simpanlah sebab nak terjun kolam kan. Kita mandi puas puas dulu beberapa round nanti kita posing pulak k..


Okay kedua dua Aida ini sangat berani. Repeat main ride ni berulang kali. Isk isk isk berani sungguh.
Alhamdulillah orang tak berapa ramai jadi tak payah que panjang nak naik kan.


Yeeeha. Setelah beberapa kali mencuba akhirnya dapat jugak shoot perfect semua orang terbang ini.
Tak sia-sia lompat banyak kali.




Oooouch kebaabom. Patutlah Teacher CT suruh duduk di tangga. Dia dah tahu rupanya air akan kena tepat 
di situ. Terkejut kami dibuatnya.


Ganasnya. Siap terbang-tebang lagi.



Menjelang petang masing-masing dah mula kepenatan. Duduk atas tube dan santai-santai saja.


Haaha ini memang dah worn out ni. Penat ye Izzudin :P

Selesai bermandi manda. Masing masing mengerjakan solat Zohor dan Asar sebelum bergerak pulang. Bus datang ambil kami pulang pukul 5.00 petang. Masing-masing senyap dan tidur barangkali. Sunyi sepi di dalam bus. Memula datang sangat riuh. 

Apa-apa pun trip yang sangat menggembirakan. Lawatan bersama ahli homeroom yang tak akan kami lupakan. Nanti kita nak berjalan ke mana lagi ya ?

Jeng jeng jeng..
Jumpa lagi..

Wednesday, 10 September 2014

CSR : KHIDMAT MASYARAKAT - BERSIHKAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Salam semua. Harapnya sihat sentiasa. Kami masih lagi nak bercerita tentang aktiviti homeroom yang kami lakukan sepanjang minggu aktiviti. Kali ini kami nak share cerita tentang aktiviti khidmat masyarakat yang kami sama-sama dah lalukan. Di MRSM Transkrian, program program kebajikan seperti ini dipanggil CSR iaitu Corporate Social Responsibility. Haaa dalam program program CSR kami diajar untuk menyumbangkan bakti dan tenaga untuk membantu masyarakat yang ada disekitar kami. Kali ini acara gotong royong pula. Beberapa homeroom tingkatan empat telah ditugaskan untuk membersihkan kawasan kampung. Alah tolong pakcik makcik kemaskan kawasan rumah. Kampung pun berdekatan saja dengan MRSM Transkrian.

Kerja diagih agihkan. Homeroom Jayanthi ditugaskan untuk membersihkan kawasan taman permainan kanak-kanak. Jujurnya kawasan ini tak kotor pun and tak ada sampah sarap pun. Yang merunsingkan kami adalah rumput terlalu panjang. Huuurm kami pun takut juga mana tahu apa-apa saja boleh muncul dari celah celah rumput panjang tu. Tapi alhamdulillah. Kami ada kawan-kawan yang baik and berani. Sikit-sikit kami mulakan untuk mencantas rumput supaya pendek. Ada hero-hero yang boleh diharap untuk buat kerja kemudiannya kami yang ladies ni pulaklah ambil alih membersihkan kawasan.



Tepek gambar homeroom lain sikit. They all ni pun tolong kami jugak menebas rumput rumput tinggi. Tak salah share publisiti sikit kan.

Cabut kak jangan tak cabut. Gigih si Nurin mencabut rumput.

Haaa longkang longkang pun kena bersihkan. Buang apa yang patut.









Rajin-rajin sungguh they all ni semua. Thank you sebab tak mengira ahli homeroom mana ramai-ramai tolong kami bersihkan kawasan taman permainan ni. Now its safe for the kids untuk datang bermain. Abang abang and kakak kakak dah bersihkan dah kawasan adik-adik nak bermain. Panas terik tak usah nak cerita tapi semuanya jadi seronok belaka sebab kita buat kerja sama-sama.

Apa yang penting ? Kerjasama.




Merasmikan mainan di taman permainan. Abang abang and kakak-kakak main dulu ye adik adik. Sekali sekala berangan kembali menjadi bebudak kecil apa salahnye kan.

Selesai semua kami pulang ke maktab. Letih tapi satu pengalaman bermakna.

Jumpa lagi dalam cerita seterusnya ^^

Friday, 5 September 2014

MINGGU AKTIVITI SEMESTER DUA : CHEF DIVA

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Minggu aktiviti semester kedua peringkat MRSM Transkrian yang meriah. Macam-macam aktiviti yang kami lakukan bersama-sama. Semuanya memerlukan kerjasama setiap ahli homeroom. Memang tak ada yang terlepas dari turut terlibat. Bagus !! Makin hari makin erat hubungan kami sesama ahli.

Kali ini kami nak share berita gembira ^^ Alhamdulillah untuk salah satu slot sepanjang minggu aktiviti semester dua kali ini iaitu Chef Diva, kami telah memenangi tempat pertama. Yaaaahooo !! Thanks to Nabil yang telah menyediakan rendang ayam yang super delicious sampaikan semua juri dah turut sama jatuh cinta dengan rasanya. Peergh Nabil !! Memang patutlah kena dengan hobinya. Suka memasak. Huntung siapa yang kawen dengan Nabil.


Tiga anak dara pingitan. Tolong goreng puyuh hihi.


Haaa inilah dia rendang yang berjaya menambat hati judges. Menang oooit. Tempat pertama lagi.

Mungkin lepas ni kita boleh suruh Nabil share rahsia rendang yang sedap ini. Famous Nabil nanti..

Jumpa lagi nanti ya..

Thursday, 4 September 2014

BULAN KEMERDEKAAN : GUBAHAN HANTARAN

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Hai kawan-kawan. Masih lagi berkisah tentang aktiviti-aktiviti yang kami lakukan sepanjang minggu sambutan bulan kemerdekaan. Kali ini kami diminta untuk menggubah hantaran. Bahan-bahan hantaran digunakan daripada gula-gula dan coklat. Kotak hantaran juga kami sediakan. Terasa macam hendak menyiapkan persiapan kenduri kawin pulak rasanya.

Sementara separuh ahli-ahli menyiapkan logo homeroom, separuh daripada kami telah diarahkan untuk menyiapkan gubahan hantaran ini. Tak disangka-sangka rupanya ramai yang mempunyai bakat menggubah hantaran ya. Pada mulanya bukan senang juga untuk menyusun gula-gula dan coklat untuk digubah tapi lama-kelamaan macam sudah 'alah bisa tegal biasa'. Semuanya jadi laju sahaja.


Khusyuk sungguh menyiapkan gubahan. Daripada gula-gula biasa bila dah dililit jadi bentuk bunga. Cantik.



Haaa nampak tuh. Terus jadi kuntuman bunga-bunga lepas mendapat hasil sentuhan ahli-ahli homeroom. Cantik kan. Boleh ambil upah lepas ni.


Model-model yang bertungkus lumus menyiapkan gubahan hantaran. Itulah hasilnya. Setelah sama-sama melilit dan menggubah. Cantik. berbakat sungguh kawan-kawan homeroom ni.

Menang kalah belakang kira. Janji kita seronok dan bersama-sama menyiapkan sesuatu tugasan.
Jumpa lagi ya..

Wednesday, 3 September 2014

BULAN KEMERDEKAAN : SLOGAN KEMERDEKAAN - DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 SLOGAN KEMERDEKAAN

Another activity di bulan kemerdekaan. Kami diminta untuk melukis slogan yang bertemakan kemerdekaan. Masing-masing bersetuju untuk menggunakan tema kemerdekaan tahun ini untuk dijadikan slogan pilihan. Bahan-bahan sudah disediakan jadi kami hanya perlu menyiapkan sahaja. Semua orang bersama-sama menyiapkan lukisan slogan.




Inilah hasilnya. Simple sahaja tapi berjaya disiapkan dalam tempoh masa yang diberikan.

See you guys later. Bye bye

Tuesday, 2 September 2014

BULAN KEMERDEKAAN : LOGO HOMEROOM - WE ARE ONE !!

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

LOGO HOMEROOM

Selain daripada aktiviti persembahan fashion, separuh daripada ahli-ahli homeroom telah ditugaskan untuk mencipta logo homeroom bertemakan bulan kemerdekaan. 

Pada mulanya masing-masing tiada idea nak mulakan lakaran. Brainstorm bersama-sama dan akhirnya kami mencapai kata sepakat bila masing masing sudah bersetuju dengan design yang kami inginkan.


Tengok tu ! Khusyuk sungguh melukis. Bakat melukis diasah. Walaupun kami menggunakan logo dari kumpulan KPOP kegemaran kami, tidak dilupakan ciri-ciri kemerdekaan yang perlu diterapkan dalam logo kami. Blend in together kata orang.

Sempat lagi posing :D



Yaaahoo dah mula nampak rupa. Sikit lagi dah nak siap. Idea bersama sama untuk melukis cartoon wajah memasing untuk melambangkan setiap ahli homeroom. Gigih kan kami melukis cartoon-cartoon comel itu semua.





Dengan menggunakan tagline 'WE ARE ONE !' siap sudah logo kami. Walaupun simple sahaja tapi jelas mesej yang kami ingin sampaikan. Dengan adanya lima belas cartoon cartoon comel beserta tagline yang simple, kami nak beritahu satu dunia yang kami sentiasa bersama-sama. Terima kasih kawan-kawan yang sama-sama menyiapkan logo cute kita ini.

Jumpa lagi. Papai ^^